Tuesday 19 July 2011

wt text untuk pidato......

fuhhh pnya lama ambek msa wt text nie..arap2 brbaloi lah.....

   Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,barisan hakim  yang arif lagi bijaksana,dan hadirin sekalian.Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertemakan “Peranan Pengguna  Mencegah  Inflasi”.
     Mercapada ini,isu inflasi seolah-olah merupakan satu fenomena yang cukup sebati  dlam minda kita.Mamang tidak dinafikan bahawa inflasi bukanlah perkara yang baru,malahan merupakan scenario yang berlaku di mana-mana Negara baik Negara maju seperti Amerika Syarikat atau Negara yang mundur,misalnya negeri-negeri di Afrika.Soalnya,apakah sebenarnya  inflasi sehingga menjadi bahan polemik  atau pokok berbualan dalam kalangan masyarakat?Jika dibiarkan begitu sahaja,impaknya tetap mempengaruhi kehidupan manusia sejagat.Jadi,setakat manakah peranan dan fungsi seseorang consumer dalam soal mencegah inflasi?
Hadirin sekalian,
     Menurut analisis pakar-pakar ekonomi,sebenarnya inflasi  merupakan fenomena kenaikan harga barangan  secara berterusan di pasaran.Sementara itu,mengikut takrifan Kamus Dewan,inflasi  didefinasikan sebagai keadaan ketidakseimbangan ekonomi yang dialami  oleh sesebuah Negara yang menunjukkan lambungan harga berterusan  dalam tingkat umum.Antara faktornya  ialah permintaan barang-barang yang tinggi dan cepat berbanding dengan penawaran,jumlah penawaran wang yang melonggok,kenaikan kos pengeluaran, dan sebagainya.Ekoran daripada  inflasi,harga barangan bukan sahaja meningkat sebanyak bukan satu hingga dua peratus,malah lebih daripada 10 hingga 100 peratus.Oleh itu,bukan sahaja pengguna terpaksa membeli barangan yang jauh lebih mahal berbanding harga asal,malahan kestabilan ekonomi sesebuah Negara turut terjejeas.
   Sah dan sahihlah bahawa kita semua merupakan pengguna.Namun,adakah kita benar-benar membudayakan  ilmu konsumersime yang beretika tinggi demi kesejahteraan social dan pemantapan iktisad?Rentetan itu,sebagai langkah terawal bagi seseorang pengguna untik membanteras masalah inflasi ialah dia patut menyedari hak-hak serta peranan yang dimainkannya.Dengan berbekalkan ilmu-ilmu pengetahuan yang asas,barulah segala langkah yang skunder dapat disusuli dengan efektif sistemetik.Mememtik kata Adam Smith bahawa  Consumer is the King atau “Pengguna ialah Raja” kerana merekalah yang harus bijak menggunakan hak-hak mereka agar tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga yang ingin  mengaut keuntungan semata-mata.Seperti yang disebutkan,hak-hak ini mengrangkumi hak mendapatkan maklumat yang benar,hak mendapat pendidikan pengguna dan sebagainya.
     Para konsumer  mesti bertindak dengan rasional apabila membeli barang atau perkhidmatan dan memamstikan hak-hak mereka dipraktikkan serta tidak ditindas semasa berlaku penipuan atau penyelewengan.Hal ini demikian kerana jikalau masalah itu timbul dan pengguna tidak menyedari hak-hak mereka,maka peniaga-peniaga yang curang akan mengulangi taktik tersebut dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan dengan sewenang-wenangnya menggunakan system timbang tara yang tidak tepat,menjual barang-barang yang palsu, dan sebagainya.Lebih afdal bagi seseorang pengguna bertindak dengan melaporkan kejadian penyelewengan peniaga kepada pihak yang wajib walaupun terdapat pemeriksaan  atas premis perniagaan sekali-sekala.Sebagai pengguna yang berani kerana benar,mereka patut sanggup memboikot dan memulaukan peniaga yang mencuba untuk menangguk di air keruh dengan memanipulasikan harga.Peniaga yang diibaratkan sebagai lintah darat juga wajar dibenteras.Tanpa disedari,golongan yang tidak beretika inilah yang memperalat para pengguna lantaran kejahilan dan ketidakpekaan mereka terhadap hak-hak asasi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
     Memandangkan aktiviti atau urus niaga jual beli yang dijalankan oleh pengguna mempunyai kaitan secara langsung dengan inflasi yang melambung,penggunalah yang sepatutnya berusaha untuk mencegah peningkatannya dengan memahami mekanisme inflasi.Dalam pada itu,sikap dan mentality consumer memerlukan perubahan kepada persepsi yang baru.Di Malaysia,jikalau selama ini rakyat cenderung membeli barangan import yang kononnya mempunyai kualiti yang lebih baik,kini sudah ada bukti  yang menunjukkan bahawa barangan tempatan juga bermutu selepas mendapat pengiktirafan daripada  pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.Selaras dengan itu,pelancaran kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia” merupakan contoh yabg terbaik bagi kerajaan Malaysia mengurangkan pengimportan barangan dari Negara luar yang menelan cukai hingga berbilion-bilion ringgit.Kualiti pengeluaran hasil tempatan semakin mencapai tahap yang memberangsangkan dan banyak perkakas elektrik buatan Malaysia telah mendapat sambutan yang sangat memuaskan daripada penduduk tempatan mahupun rantau lain. Jadi,pengguna tidak patut lagi mendewa-dewakan barangan import yang berjenama mahal.Dengan ini,semangat patriotisme  anak watan Malaysia dapat di buktikan secara langsung melalui sokongan terhadap dasar yang tidak bebelah bahagi itu.
     Tambahan lagi,seseorang pengguna perlu bijak merancang sebelum membeli.Hal ini bukan sahaja memudahkannya,malahan juga dapat mengurangkan perbelanjaan yang berlebihan.Konsumer patut pandai merancang masa,tempat dan kuantiti barang yang hendak dibeli.Rentetan itu,pembeli akan mengutamakan barangan keperluan dan tidak terikut-ikut akan kehendak nafsu untuk memiliki barang yang mewah.Sebagai pengguna yang dapat membuat penaakulan,dia tidak harus terpengaruh oleh gimik iklan seperti Skim Bayaran atau Ansuran mudah.Bandingan harga,semakan kualiti, dan tinjauan yang secukupnya patut dipraktikkan sebelum membeli sesuatu barangan.Dengan ini sikap boros dan tidak berhati-hati dapat dikikis.Malahan amalan berjimat cermat dan menabung wang seharusnya sebati  dalam kehidupan seseorang pengguna.Hal nie demikian kerana  jikalau mengamalkan tabungan sebanyak 10 peratus daripada gaji bulanan,pengguna akan  mempunyai simpanan dan menjimatkan pebelanjaan yang tidak perlu.Bak kata perpatah menyediakan payung sebelum hujan kerana simpanan tersebut menjadi polisi yang menjamin masa depan.Oleh hal demikian,jikalau tidak berlakunya pembaziran,kadar inflasi akan menurun tiada pemintaan yang terlalu tinggi terhadap sejenis barang yang khusus.
Warga dewan yang dihormati,
        Seperkara lagi,kajian menunjukkan bahawa golongan wanita memonopoli populasi manusia di dunia ini.Bagi wanita yang celik ekonomi,mereka akan sentiasa peka dan mengambil berat tentang segala masalah yang relevan dengan ekonomi,umpamanya inflasi.Jadi dalam sesebuah rumah tangga,wanita yang bergelar suri rumah harus bertindak dengan bijaksana lagi teliti dalam membuat pilihan harian agar tidak membazir.Disamping itu,sikap terburu-buru semasa membuat pilihan harus dikikis kerana hal ini akan mengutungkan pihak  penjual sahaja,malah membuka peluang kepada mereka mengambil kesempatan atas sikap tersebut.Pemgguna yang tidak alpa akan tanggungjawab tentunya tidak mudah terpengaruh tektik kotor para peniaga.Umpamanya,kad kredit yang mendorong seseorang bebelanja lebih daripada pendapatan akan menyebabkan masalah hutang yang bertimbun.Maka  secara implicit,kadar inflasi akan  meningkat juga.Jika dikaji dengan teliti,syarikat-syarikat kad kredit telah mengaut keuntungan melalui kadar faedah yang menjerut leher bagi setahun,iaitu 18 peratus.Jadi para pengguna harus sedar dan tidak lagi dibuai mimpi tanpa mengambil kira kemampuan kewangan masing-masing.Sudah terang lagi bersuluh ,pelbagai program tindakan seperti kempen inflasi patut mendapat sokongan yang padu daripada semua  pengguna.Oleh hal sedemikian,pelancarang program buku hijau oleh kerajaan patut diberi nafas baru dan dilaksanakan secara konsisten sejak permulaannya beberapa dekat lalu.Melalui konsep ini,seseorang itu dapat menggunakan kawasan disekeliling rumah untuk bercucuk tanam.Jadi lambat-laun kos barangan keperluan akan berkurang,khususnya dalam soal pembelian sayur-sayuran atau buah-buah yang dapat dilakukan secara berterusan.               
Hadirin yang dihormati,
    Sudah sampai masa kita sebagai konsumer  bertindak  dengan wajar dan tidak sekadar duduk bertopang dagu.Kita mesti menggubah sikap sambil lewa dan tanggapan yang negative dlam usaha mencegah inflasi.Tambahan pula,inflasi merupakan isu sejagat yang tidak boleh dipandang sepi kerana jika dibiarkan begitu sahaja,masalah ini akan meruntuhkan kestabilan ekonomi sesuatu Negara dan keutuhan sesuatu budaya turut bergoyah.Dengan wujudnya nilai kerjasama yang terpaut daripada semua pihak,masalah inflasi yang meruncing pasti dapat diminimumkan dan seterusnya mencapar matlamat inflasi sifar.Dalam pada itu,Negara dapat meloloskan diri daripada kemelut ini dan seterusnya menghadapi reality dunia.Maju atau mundurnya sesebuah Negara terletak pada tangan rakyat atau pengguna yang memainkan peranan yang vital.Tegal itu,isu inflasi memang  menagih komitmen yang tinggi daripada semua pihak,khususnya pengguna.Moga-moga kempen inflasi sifar dapat menamparkan  sinar kegemilangannya.
Sekian,terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Tuesday 19 July 2011

wt text untuk pidato......

Posted by ieka at 07:08

0 comments on "wt text untuk pidato......"

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates